Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Siti Saleha kerana telah selamat bertunang bersama cinta hati, Lufti Azhar hari ini. Jelas pelakon ini lagi, dia tidak mahu bertunang lama-lama dan merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan.
BACA: Siti Saleha Dilamar Kekasih Di Mexico?
Alhamdullilah, apa yang kami rancang berjalan lancar. Mengikut perbincangan, majlis pernikahan kami akan dilangsungkan pada awal tahun hadapan. Tambahan pula selepas setahun berkenalan dan dilamar Lufti, Julai lalu, kami memang tidak mahu bertunang lama-lama, katanya.
Tambah Siti Saleha lagi, jangka waktu setahun perkenalan dengan Lufti sudah cukup untuk mereka mengenali hati budi masing masing malah keluarga kedua dua belah pihak juga sememangnya rapat.
Jadi, atas restu keluarga kedua-dua pihak juga menyebabkan segala perancangan dibuat menjadi lancar, jelasnya kepada Harian Metro. Apa pun, semoga persiapan dan juga segala perancangan pasangan ini berjalan dengan lancar. (rtky/s)
SUMBER
harian metro
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fypctr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment