pViral

Nak Menjadi Lelaki Berjaya, Jangan Kedekut Dengan Anak & Isteri

loading...


Lelaki kalau nak berjaya tak boleh kedekut dengan orang sekeliling. Terutamanya dengan anak bini sendiri.
Apa yang Tuhan bagi tu bukan milik kita 100%. Dalam tu ada milik orang miskin, sanak saudara dan mungkin juga hakmilik anak yatim. Tak mustahil juga rezeki kucing dan binatang ternak di rumah kita pun mengalir melalui rezeki kita.
Nak rasa rezeki melimpah ruah tak? Cuba sedekah tiap-tiap hari. Cuba ye. Jangan salah niat pula. Dengan anak bini pun sama. Jangan kedekut-kedekut tau. Kongsi info ni pada pasangan masing-masing dan cuba sedekah tiap-tiap hari. Insyaallah rezeki keluarga akan makin murah. Rezeki dunia insyaallah dapat tapi rezeki di alam sana sudah tentu dan pasti.
Elok yang sedang bercinta tu, siasat siapa bakal suami anda tu. Salah satu usaha, buat kaji selidik dan suruh dia jawapan soalan-soalan yang boleh membongkar sifat-sifat dia kedekut ke tidak. Antara soalannya “berapakah duit belanja dapur yang mampu anda beri pada isteri?
Beri beberapa jawapan sampai jawapan serendah RM300 sebulan dan tertinggi RM 1500 – RM3000 sebulan. Jika dia jawab RM1500 hingga RM3000, boleh letak ranking tinggi teman lelaki itu sebagai calon suami. Menyiasat sikap dan perlakuan bakal suami itu penting bagi menjana kejayaan rumah tangga.
Macam mana nak ‘ubat’ masalah suami kedekut? Tiada jawapan tepat kerana sikap manusia tak sama. Pastikan berbincang dengan suami berapa kemampuan dia sebenarnya untuk bagi kita. Bincang dan susun elok-elok sistem ekonomi rumah tangga masa hanya berdua, bertiga dan akhirnya berlima kerana pertambahan ahli keluarga, apa si dia nak buat untuk tambah perbelanjaan keluarga.
Janganlah bersikap kedekut tidak bertempat untuk menyara keluarga. Apa yang jadi keutamaan diberi perhatian dan tindakan agar rumah tangga atau perhubungan mesra menjadi kekal bahagia!
Sumber: Oh My Media


from SEMUANYA TERKINI, BENAR DAN SEMPOI.. http://ift.tt/2lMZQvs
via IFTTT
loading...
loading...

About BaruLaViral

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close