Viral Kontroversi

Aku baru dapat jiran baru seorang ustazah. Selepas dua bulan dia kantoi dengan lakonan yang buat aku terkedu..

loading...


Cerita ni agak panjang. Tp aku akan usahakan pendek sependek mungkin.. Aku mula rasa org sblah rumah aku ni lain mcam sejak mula2 dia datang melawat rumah kami.
Masa dia masuk saja rumah kami, dia terus cakap dekat ayah aku “ana nak buat lagi besar dari yang ini” (dia bahasakan diri dia ana. org alim konon nya) sambil dia tunjuk2 sekeliling rumah kami.
Dari depan umah sampai ke hujung dapur, semua nya dia nak buat lebih dari kami katanya. Tapi last2 indah khabar dari rupa. Cakap sahaja besar. Hahaha.
Mula2 hidup berjiran dgn dia, kami agak rapat.. Ayah aku pula dah malas nak gaduh2 dgn orang. Walaupun aku tahu ayah aku baran orgnya.
Hubungan dgn orang sebelah rumah makin rapat apabila ayah aku minta tolong dia hantarkan aku sekolah. Kebetulan anak dia juga sekolah sekali dgn aku.
Okay, ni aku cerita bab sekolah. Korang bayangkan, upah untuk hantar aku sahaja dah rm60.. Tu aku sorang. Adik2 aku ayah yg hantar. Yg aku bengang sgt masa tu anak dia sorang 1sekolah dgn aku.
2orang lagi sekolah rendah. Rm60 tu ayah aku tanggung sekali dgn anak2 dia ke apa? Aku rasa sangat2 tak adil.
Itu bab sekolah. Yg ketiga, bab mengaji.. Bab ni lagi panjang.. Orang sebelah rumah aku ni ustaz katanya.
Dia yg bahasa kan diri dia ustaz. Tapi aku rasa tak layak dia dpt title ustaz. Kenapa? Jap aku cerita. Mula2 mengaji dulu mmg okay.
Bila lama2 mula laa perangai sebenar dia keluar. Tak ramai pun mengaji dgn dia. Kami 3beradik pastu anak2 dia..
Yg aku menyampah sangat bila dia puji anak2 dia pandai mengaji. Anak2 pun apa lagi bangga riak takbur kena puji. Masing2 belagak.
Pastu perlekehkan kami 3beradik. Tu perangai anak2nya. Perangai bapak dia lagi sakan. Pernah sekali dia ajarkan aku niat mandi hadas yg betul. Lepastu dia cakap “ni baru niat mandi hadas, belum lagi cara2 nak puaskan suami ketika kita haid” sambil dia senyum2 dengan aku.
korang bayangkan dia cakap mcm tu dengan budak 15tahun?? Gila! Lepas tu aku dah takut2 nak dekat dgn dia. Takut nk cakap dgn dia. Nk tgok muka dia lagi aku seram! Tapi aku diamkan je tak berani nak cita kat mama ayah aku.
Tak cukup dgn tu, bila habis mengaji selalu nya kami akan salam dgn dia. Aku pun tak paham kenapa kami salam dgn dia. Mungkin masa tu budak2.. Bodoh lagi.
Dia pun bodoh jugak sua tangan suruh kami salam dgn dia. Masa kami salam dengan dia tu, tiba2 lps salam dgn adik aku, dia tampar punggung adik aku. Pastu gelak2 kononnya melawak.
(Kami 3beradik semua perempuan) Setiap kali salam ada jugak dia buat takmau lepas laa, tersengih2 laa. Padahal depan anak2 dia kot. Eeeee bila aku teringat balik, geli laa bodo!! Dah tua tak sedar diri!!
Orang sebelah rumah aku makin menjadi bila dia mula kawal hidup kami 1family. Yaa satu family! Pernah sekali dia ternampak aku ronda2 taman naik moto. Esok nya dia sound ayah aku. Jgn bagi aku naik moto.
Bukan tu je, dia pernah sound adik aku jgn keluar main dekat taman permainan. Duduk je rumah, mengaji. Anak2 dia keluar balik maghrib takpe pulak! Pernah satu hari tu, aku ada extra class.
Sbb nak dekat pmr dah masa tu. Tiba2 je esok dia sound2 ayah aku, cakap aku balik lambat. Lepas ni dia taknak amek aku dah.
Sejak dari hari tu, aku sanggup tunggu ayah aku dtg amek aku pukul 5.. Lambat pun takpe, aku rela asalkan ayah aku tak kena sound lagi.
sumber: viralmalaya
Makin lama makin melampau. Upah hantar sekolah, ayah aku bayar. Mengaji kami 3beradik, ayah aku bayar.
Bukan free2 kau jadi kuli. Kau nak apa lagi? Setiap kali ayah aku bayar, petang nya bwak family pegi jalan2 makan2..
Tapi selali pun tak pernah cakap terima kasih kat ayah aku. At least beradab laa sikit. Kau kata kau ustaz??
Lepastu, ayah aku dah tak harapkan dia lagi. Kami dah tak rapat. Ayah aku pun malas nak layan orang yg kononnya baik tapi pandai amek kesempatan. Kami dah jarang bertegur..
Tiba2 suatu hari.. Masa tu ayah aku balik rehat kejap kat rumah. Bini nya kata, mama aku hasut budak2 jangan datang mengaji rumah mereka.
MasyaAllah. Fitnah semata mata! Sebenarnya budak2 tu yg taknak mengaji dengan mereka dah. Budak2 pun tak tahan mengaji situ.
Asyik kena ejek, kena perlekeh, kena marah. Ingatkan dah habis situ.. Rupanya2 bila mama ayah aku dah balik kerja, bini nya keluar lagi sekali serang mama aku pula.
Mama aku bukan seorang yg lembut.. Tak suka bergaduh apatah lagi nak menghasut orang. Tapi disebabkan bini nya sakan mengata family kami, perang mulut juga petang tu.
Macam2 yg keluar dari mulut nya. Yang paling aku ingat, dia ungkit aku pernah makan nasi lemak 60sen kat rumah dia dulu.
Kalau aku tau dia mengungkit sampai mcm ni, aku rela berlapar tunggu ayah aku balik kerja haritu.
Sejak kejadian itu, ayah aku dah simen kan penuh parking rumah kami. Tak ingin mengadap muka mereka lagi!
Selepas ayah aku meninggal, ingat kan dah habis drama orang sebelah rumah ni.. Rupanya lagi “naik tanduk”..
Malam tu aku dah dengar bunyi bising depan rumah. Tapi kami abaikan je. Tiba2 aku nampak tong sampah kami dah ada nun jauh di depan sana! Aku dah syak ini kerja sapa.
Aku tarik tong sampah pelan2 masuk rumah. Sabar aku dah sampai had nya. Mengamuk aku bagai dirasuk syaitan!
Apa nak jadi, jadi lah! Muncul bapak nya berjalan kaki balik dari surau. Dalam hati, “baguslah, bapak balik dari surau, anak jadi setan kat rumah”
Bapak nya kata tong sampah kami busuk. Di suruh nya kami simpan tong sampah kat dalam. Angin selalu tolak bau tong sampah tu sampai rumah dia.
Gila ka apa orang tu ni? Nama pun tong sampah. Tak kan nak bau kasturi pulak? Pastu hero pun datang laa tendang pagar rumah mereka.
Anak jantan dia warning kami jangan kurang ajar sangat. Sebab kami sekarang ni dah tinggal semua perempuan. Anak dengan bapak sama je cakap besar.
Ustaz konon. Anak bini pun akhlak berterabur. Ada hati nak jaga rumahtangga orang? Yang bagusnya, elok je anak bini nya keluar bising2 dekat kami, si bapak boleh masuk dalam rumah buat mcm tak bersalah.
Di biar nya anak bini dia memekik kat luar. Akhirnya, kami masuk dan biarkan orang gila melalak di luar. Jangan di layan orang mcm ni. Dengan kita sekali gila!
Nasihat aku, jangan terlalu baik dengan orang. Jiran tak semua hati baik mcm kita. Yang pandai agama, yang alim, yang muka baik, orang surau, belum tentu hati nya bersih.
Kalau orang dah amek kesempatan atas kebaikan kita, pergilah dari hidup dia. Kau pun layak bahagia. Fikirkan hati kau dulu sebelum hati org lain.
Satu lagi, pesan lah kepada sesiapa pun, jika perempuan, elakkan mengaji dengan ustaz. Sebaiknya cari ustazah yg berpegalaman.
Tak kira muda atau tua. Mcm pengalaman aku, Kadang2 budak2 tak berani nak cakap dgn parents. Sebab mereka tidak rasa apa2 dan percaya dengan ustaz mereka.
Rajin2lah bersembang dgn mereka. Selalu tanya ada apa2 yang tak kena..

sumber : KRT
loading...
loading...

About BaruLaViral

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close