loading...
Kipas Siling Yang Berpusing Pelahan, Kos Baiki Cuma RM2 Sahaja. Pernah tak jadi pada anda? Anda dah bersihkan semua habuk, dah cuci bersih-bersih tapi bila on je kipas, kipas tetap slow.
Nak tukar baru, harga mesti mahal. Nak repair sendiri, bukannya anda tahu. Kalau tahu cara yang betul, sebenarnya tak susah mana pun nak repair sendiri.
Nak tukar baru, harga mesti mahal. Nak repair sendiri, bukannya anda tahu. Kalau tahu cara yang betul, sebenarnya tak susah mana pun nak repair sendiri.
Kami berbesar hati kerana Encik Md Helmee Abu sudi kongsi cara baiki kipas yang telah dipraktikkan olehnya sendiri.
Memang mudah, jimat dan berkesan. Jom tengok cara-caranya.
Cara Baiki Kipas Siling Yang Slow
ASSALMUALAIKUM, sekiranya anda menggunakan kipas silling KDK/Panasonic 5 Blade, dan kipas anda tidak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Anda boleh cuba cara ini, saya telah cuba dan berkesan.
1. Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian, ring dan cover sensor.
2. Tanggalkan ring pada kipas tersebut dengan memusing ke arah “open” dan tanggalkan.
3. Buka bahagian sensor, ada 3 skru, buka guna Phillips screwdriver.
4. Tanggalkan 2 wayar socket.
5. Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.
6. Alat yang diperlukan, soldering iron, solder wire dan capasitor.
7. Desolder capasitor lama, iaitu bahagian bawah board.
8. Tanggalkan capasitor lama.
9. Masukkan capasitor baru.
10. Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan kaki yang berlebihan bila selesai.
11. Board yang telah siap diganti capasitor.
12. Pasang semula board pada kipas.
13. Switch on kipas dan semoga Berjaya.
Nota Tambahan:
Jangan lupa ikat semula skru cover sensor.
Capasitor boleh dibeli di kedai letrik atau Jalan Pudu pada yang tinggal di KL, hanya RM2.00 sebiji.
Sumber: Md Helmee Abu
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment