loading...
Assalamualaikum & salam sejahtera. Baru-baru ni kita ada tengok 1 video dekat laman sosial facebook. Tajuk memang seram! Manusia bertukar menjadi zombie dekat luar negara! Bila tengok video tu, netizen terus jadi takut! Dah kenapa sampai jadi macam tu? Mata, badan, pergerakkan tubuh, dah macam manusia yang kelaparan daging manusia!
BAHAYA FLAKKA KEPADA MANUSIA!
Bila terbaca komen pada bahagian video tu, baru Mrejoy tahu yang manusia-manusia ni dah ambil dadah jenis flakka! Flakka ni sejenis dadah terbaru yang sangat atau paling berbahaya! Mulanya dadah jenis ini dijadikan sebagai ubat. Tapi lepas doktor jumpa ada benda terlarang dalam ubat tu, yang menjadikan manusia berada dalam tahap ilusi yang teruk, terus pakar perubatan menukarkan flakka kepada dadah paling berbahaya!
Bahan kimia yang terdapat di dalam flakka akan meransang otak manusia yang menjadikan mereka rasa lebih kuat, hilang rasa takut, hiling rasa malu dan yang lebih teruk lagi, gila!
Walaupun dadah jenis flakka ini hanya memberi kesan beberapa jam sahaja kepada manusia, tapi ia boleh kekal berlaku dalam otak manusia untuk tempoh masa yang lama! Maknanya, lepas mereka sedar, mereka rasa kesan ni dah hilang, tapi silap! Ianya sudah meracuni minda mereka yang ambil flakka ni.
Dalam erti kata lainnya, mulanya ingin mencuba, dan akhirnya mereka akan kekal mengambil flakka seterusnya menghancurkan diri dan mungkin orang lain.
Apa yang lebih menakutkan adalah, asia merupakan sasaran pasaran flakka!
Ada 1 komen yang membuatkan Mrejoy jadi lebih takut. Katanya ada 1 kes di mana, orang yang ambil flakka ni bertindak agresif dengan membunuh orang lain dan memakan daging manusia tu!
Jadi, memang ada benarnya Flakka adalah Dadah yang menukarkan manusia menjadi Zombie!
Ada juga kes yang mana mereka yang ambil flakka ni menjerit-jerit seperti orang gila, memusnahkan harta benda awam dengan cara yang agresif, memecahkan tingkap kereta dengan kepala sambil menjerit-jerit yang mereka adalah syaitan!
Apa yang lebih menakutkan Mrejoy adalah bila terbaca yang dadah jenis ini sudah berada di Indonesia. Mengenai kesahihan ini, masih kurang pasti Cuma berharap yang ianya tidak berada di malaysia atau kita akan mula berperang dengan zombie?
sumber:media
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment