loading...
Salam. Hari ni aku nak cerita pasal Ilmu Bitas dari suku kaum bisaya. Perkataan Bitas mungkin sudah popular dalam kalan kaum Bisaya di Daerah Beaufort, Sabah. Bitas, merupakan satu ilmu yang sangat ditakuti dan mangsa adalah kaum lelaki. Yang mana, sesiapa yang terkena ilmu ini akan merasakan kemaluannya tiada atau menghilang kemudian mangsa akan merasa kemaluannya tumbuh di dahi. Ilmu Bitas ini sangat popular pada zaman dahulu. Dan kemungkinan besar masih lagi diamalkan pada zaman ini, cuma agak kurang.
Bukan nak kata kaum ni kejam, tidak beragama atau sebagainya. Tapi semua itu biasanya terjadi berpunca daripada mangsa itu sendiri. Sebagai contoh, jika mangsa itu bermulut lazer, sombong dan lain-lain. Kemudian ada yang tidak senang dengan perangai itu. Maka mangsa itu akan ‘diajar’ untuk beradap sopan ketika berada di tempat orang. Selain itu, Ilmu ini juga digunakan untuk member pengajaran kepada lelaki agar jangan mempermain-mainkan anak gadis mereka.
Pernah berlaku satu kes dahulu, yang mana seorang pemuda telah bercinta dengan seorang gadis dari kaum ini (jangan hairan sebab gadis-gadis dari kaum bisaya memang canti-cantik) kemudian mereka si lelaki berjanji akan mengahwini gadis itu. Tetapi akhirnya, gadis itu hanya dipermain-mainkan oleh si lelaki tadi setelah beliau dapat apa yang beliau nak. Dikhabarkan setelah lelaki itu balik ke semenanjung, beliau telah menderita kerana beliau merasakan bahawa kemaluan beliau telah menghilang dan tumbuh di dahi. Kalau pun tidak membawa maut, mungkin lelaki itu telah menjadi gila.
Hairan, kenapa kemaluan boleh jadi begitu? Sebenarnya, orang yang terkena bitas ni sahaja yang merasakan kemaluan beliau telah menghilang. Tetapi sebenarnya kemaluan tu masih berada di tempat yang sama. Hal ini, terjadi sebab mata beliau telah ditutup oleh bomoh yang mengenakan beliau. Tapi, terpulang pada bomoh itu juga, kadang-kadang mereka akan membuatkan kemaluan lelaki terutama zakar akan masuk kedalam perut hingga meninggal kepala zakar sahaja kelihatan. Hal ini yang boleh membawa maut. Tak pun, mungkin bomoh tersebut hanya mahu membuatkan mangsa menjadi gila dan tidak berkahwin dengan mana-mana perempuan selepas itu.
Cara mengubatinya pula, hanya bomoh yang membuat sahaja boleh mengubatinya. Mungkin ada petua-petua yang digunakan untuk mengubati ilmu ini seperti menggunakan bekas pinang dan lain-lain la. Tapi ada jampi-jampi yang perlu di baca. So, kalau korang tahu jampi tu tak kisah la. Kalau tak tahu, apa kes?? Hah, tu la..aku pernah dengar cerita juga, siapa yang kena ilmu ni, dia mesti cari bomoh yang mengenakannya tu dalam masa-masa tertentu. Ada dalam masa 24 jam, 3 hari, 5 hari dan seminggu. Bergantung kepada masa yang bomoh tu nak. Tapi memang mangsa tidak tahu berapa lama tempoh yang dia ada. Andai dalam masa itu si mangsa tidak bertindak, so mungkin innalillah la jawabnya.. huhu So, kalau dah rasa-rasa terkena tu, bertindak la cepat kalau tidak mahu nyawa melayang.
So, jangan cuba mempermainkan anak gadis orang, lagi-lagi orang bisaya. Orang bisaya ni akan jadi sangat baik kalau korang tidak sombong dan suka berkawan dengan mereka. Tapi, kalau orang tu jahat dengan mereka, mereka lagi jahat dari orang tu. So, Jaga perangai dan tingkah laku. Dan yang sangat penting, jangan sesekali cuba untuk merosakkan anak dara dari suku kaum bisaya di Sabah. Kalau nak merasa kemaluan terletak di dahi, try la. Hehe Tapi mungkin juga kaum lain ada mempelajari ilmu ini. Tidak mustahil bukan.
Sumber: Blog Reality Kehidupanku
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment