loading...
Seorang ahli perniaagaan yang mempunyai restoran, Antonio Martin-Melero, 37, maut selepas diserang penyakit laringitis iaitu penyakit yang berpunca daripada keradangan di bahagian tekak hingga menghilangkan suara.
Beliau yang ketika itu sedang menikmati percutian romantik bersama isterinya, Victoria, beranggapan sakit yang dialami adalah perkara biasa.
Percutian yang diadakan bagi menyambut ulang tahun isterinya bertukar satu peristiwa yang menyedihkan.
Selepas 48 jam menahan kesakitan, tiba-tiba Antonio sukar untuk bernafas lalu isterinya menelefon ambulan untuk memberikan rawatan kecemasan. Akan tetapi, dia tiba-tiba terkena serangan jantung dan meninggal dunia ketika sampai di hospital.
Ketika pemeriksaan dijalankan kepadanya, Antonio tidak pernah mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini.
Walau bagaimanapun, doktor mengesahkan beliau mengalami penyakit laringitis yang biasanya dialami oleh kanak-kanak yang belum imun terhadap beberapa bakteria.
Salah seorang doktor hairan penyakit ini menjadi penyebab kematian kerana laringitis tidak pernah menyerang golongan dewasa.
Menurut isterinya, 27,” Dia seorang lelaki yang sangat baik, berkarisma, dan juga agak nakal tetapi seluruh kehidupannya adalah untuk keluarga dan perniagaan. Dia bekerja keras untuk menjadikan semua dalam keadaan baik.”
Menceritakan kembali detik hitam itu, pada awalnya Antonio sekadar mahu berjumpa doktor. Tetapi, keadaannya bertambah teruk lalu menghubungi ambulan supaya rawatan kecemasan dapat diberikan.
Isterinya menambah, ramai orang termasuk dirinya sedih dengan pemergian Antonio. Hal ini demikian, Antonio seorang yang menjaga kesihatan dan tidak mempunyai sebarang penyakit.
Seorang paramedik, Tracey Gritt, memberitahu, dia bersama teman sekerja kecewa kerana gagal menyalamatkan Antonio.
Tambah Tracey, tekanan oksigen Antonio pada waktu itu amat rendah. Wajahnya pucat dan boleh lihat dia sukar untuk bernafas.
Apa itu laringitis?
Laringitis ialah kesakitan yang berlaku akibat keradangan di bahagian kotak suara. Sakit ini biasanya tidak memerlukan rawatan doktor dan boleh hilang dengan sendirinya.
Bagi menghindari sakit ini, anda dinasihati meminum air suam dengan banyak. Anda juga boleh berkumur dengan air suam dicampur dengan garam. Elakkan minuman alkohol dan mempunyai kafein kerana minuman ini boleh menyebabkan hidrasi.
Jika tiada perubahan atau semakin teruk, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Sumber : EraBaru
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment